Pinjaman Pendidikan Yayasan Kelantan Darulnaim (YAKIN) Untuk Sijil, Diploma & Ijazah Sarjana Muda

By: admin

Selain kerajaan negeri Pahang dan Pulau Pinang, kerajaan negeri Kelantan dibawah Yayasan Kelantan Darul Naim (YAKIN) turut menawarkan pinjaman pendidikan kepada pelajar yang mendapat tawaran melanjutkan pengajian berikut :

konvo12_3

  • Ijazah / Diploma di Institusi Pengajian Tinggi Awam [ IPTA ]
  • Ijazah / Diploma di UNISZA [ kursus selain daripada kursus Usuludin, Dakwah dan Syariah]
  • Ijazah / Diploma & Sijil di Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS)

 

12105964_10206934363230786_1727033541278594027_n

 

KELAYAKAN PERMOHONAN

Sebelum memohon semak dahulu syarat kelayakan permohonan seperti berikut :

  • i) Warganegara Malaysia Peranakan Kelantan
  • ii) Bermastautin di negeri Kelantan
  • iii) Telah diterima masuk ke Universiti / Institusi tempatan ( IPTA sahaja )
  • iv) Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat kepujian dalam Bahasa Melayu
  • v) Pelajar-pelajar yang sedang dibiayai oleh penaja lain TIDAK LAYAK memohon

 

24hmdila11_1471991709 (1)

 

TATACARA PERMOHONAN

Cara-cara memohon adalah seperti berikut :

  • Permohonan hendaklah dibuat menerusi borang permohonan yang boleh dibeli di pejabat YAKIN dengan harga RM2.00 secara tunai.
  • Permohonan untuk mendapatkan borang melalui pesanan pos bolehlah dibuat dengan menggunakan nama Kumpulanwang Yayasan Kelantan Darulnaim dan menyertakan sampul surat bersaiz 22 cm x 10 cm beralamat sendiri dan bersetem RM1.00 serta Wang Pos RM2.00.
  • Borang Permohonan yang lengkap hendaklah disertakan dengan salinan surat tawaran kemasukan ke Universiti / Institusi, salinan keputusan peperiksaan akhir di Universiti / Institusi, sijil kelahiran dan sijil-sijil persekolahan berkaitan yang telah disahkan dan dikembalikan kepada Pejabat YAKIN di alamat berikut :

 

PENGARAH YAYASAN KELANTAN DARULNAIM (YAKIN)

TINGKAT 5 , KOMPLEKS YAKIN JALAN GAJAH MATI

15000 KOTA BHARU, KELANTAN

[ UP : BAHAGIAN PELAJARAN ]

 

Untuk makluman anda, permohonan akan dibuka mulai 04 Jun 2017 untuk semua kategori permohonan (SIJIL, DIPLOMA & IJAZAH). Jadi jangan ada yang bertanya bila ianya akan dibuka. Permohonan yang lengkap bagi semua kategori hendaklah dihantar kepada pihak YAKIN selewat-lewatnya SEBELUM @ PADA 30 Ogos 2017. Untuk maklumat mengenai kadar pinjaman yang diberikan klik disini.

 

dsc00787

 

Permohonan yang tidak lengkap, lewat diterima atau tidak memenuhi kriteria-kriteria sebagaimana di atas AKAN DITOLAK(Jangan ada pula yang bertanya bolehkah menghantar permohonan jika terlepas tarikh). Senarai nama pemohon-pemohon yang BERJAYA DIPILIH boleh disemak melalui Laman Web YAKIN iaitu yakin.kelantan.gov.my pada bulan DISEMBER 2017.

 

 

Selepas enam bulan tamat tempoh pemberian, pelajar dikehendaki membayar balik sepenuhnya pinjaman yang diterima mengikut kadar dan jadual yang ditetapkan. Walau bagaimanapun pelajar boleh memohon untuk dipertimbangkan pengecualian pembayaran balik sebanyak 25% daripada pinjaman jika mereka memperolehi keputusan peperiksaan akhir yang cemerlang menurut syarat-syarat yang ditetapkan. Pelajar-pelajar yang gagal / diberhentikan atau meninggalkan pengajian sebelum tamat khusus pengajian dikehendaki membayar balik dengan serta merta semua pinjaman yang diterima.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to Top