Buka Puasa Lebih Awal, Pendengar Radio Perlu Gantikan Puasa

By: admin

Sebuah stesen radio tempatan, THR Gegar memohon maaf kepada seorang pendengarnya susulan kesilapan teknikal radio berkenaan kerana menyiarkan azan mahgrib empat minit lebih awal dari masa sepatutnya.

Tindakan THR Gegar itu dikatakan melibatkan azan mahgrib yang mengikut waktu Kelantan. Ia membuatkan sebilangan pendengar-pendengar di negeri berkenaan merasa marah disebabkan kecuaian tersebut kerana sejurus mendengar laungan azan mereka terus berbuka puasa.Selain membuat permohonan maaf, THR Gegar juga mengesahkan pendengar radio yang berbuka awal selepas mendengar azan maghrib tersebut perlulah mengantikan puasanya.

Kami di Thr Gegar memohon maaf di atas gangguan sistem yang berlaku semalam dan berdasarkan Jumhur Ulama, puasa yang terbuka awal perlu diganti. Pihak kami amat kesal dengan apa yang berlaku. Maaf kosong-kosong dari hati. – THR Gegar,” katanya seperti yang dipetik dari laman facebook rasmi mereka.Dalam pada itu Ustaz Nik Nizam yang bertugas di Pejabat Agama Tumpat turut mengesahkan bahawanya pendengar-pendengar THR Gegar di Kelantan yang telah berbuka puasa 4 minit lebih awal perlu lah mengantikan puasanya dan berhenti menyalahkan pihak lain.

Jumhur ulama membezakan masalah antara terlupa dengan tersalah. Kalau kita terlupa dimaafkan. Tapi kalau tersalah ianya atas kelalaian kita. Kita sudah ada jam, ada takwin maka kelalaian dapat dielakkan kalau kita ada sikap berhati-hati,” katanya dalam status berkenaan. –

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to Top