TOLAK CAMPURTANGAN ASING DALAM URUSAN KITA

By: admin

Oleh : Roslan Sms

Dulu ketika hangat kebangkitan rakyat memperjuangkan “reformasi” membela Dato Seri Anwar Ibrahim yang dizalimi, PM ketika itu Dr Mahathir Mohamad cemas dengan meluasnya simpati dan sokongan rakyat.

Paling cemas Dr M ketika negara-negara asing turut terlibat menyatakan sokongan. Kemuncaknya apabila Naib Presiden AS Al Gore ketika menghadiri persidangan di KL secara terang-terangan menyatakan sokongan beliau dalam ucapannya.

Dr M menggila marah lalu menghasut rakyat menyerang Gore. Bangkitlah kempen menetang Gore ketika itu.

Sesungguhnya sebagai sebuah bangsa dan negara berdaulat kita memang tidak mahu melihat campurtangan asing dalam urusan negara kita.

Baik buruk masalah kita biarlah kita sendiri yang menyelesaikan dan menentukan nasib kita sendiri.

Banyak pengajaran boleh kita lihat pada pengalaman negara-negara lain apabila masuk kuasa-kuasa luar campurtangan dalam urusan mereka.

Anehnya Dr Mahathir yang dulu ajar kita tolak campurtangan asing ketika beliau berkuasa hari ini ketika tiada kuasa beliau pula jadi kepala bersekongkol dengan puak asing.

Tidak cukup kerajaan yang ada diasak dan diugut, PAS juga sebagai gerakan Islam diambil kesempatan diserang oleh agen-agen asing Dr Mahathir.

Sarawak Report yang beroperasi dari UK pimpinan Clare Brown selain diperkakas untuk menggegarkan kerajaan BN dengan pelbagai pendedahan turut menghalakan muncung senjatanya pada PAS dengan mendakwa pimpinan PAS kononnya meraih RM90juta dari Najib.

PAS menyaman Brown di UK kini Brown kepanasan dan melancarkan rayuan untuk mengutip dana bagi membiayai kos guamannya menghadapi saman PAS itu.

Brown adalah agen asing yang mahu memporak perandakan keamanan negara demi menaikkan insan seperti Dr Mahathir.

Dulu campurtangan asing dicela dan dikutuk hari ini demi kuasa Dr Mahathir pula buka pintu pagar negara bagi mengizinkan kemasukkan petualang-petualang ini.

Jika Najib dan BN pincang dan tempang biarlah rakyat Malaysia yang tentukan nasibnya. Kita tidak perlu Sarawak Report apatah lagi Dr Mahathir yang merupakan “culprit” besar yang kemaruk dan lapar kuasa itu.

Tolak campurtangan asing dalam urusan rakyat dan negara.

Nasib dan masadepan Malaysia rakyat Malaysia lah tentukan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to Top