JAWATANKUASA 2017

Pengenalan

Persatuan Anak Kelantan Perantauan Malaysia (PERAKAN MALAYSIA) 1781 – 06 – WKL adalah sebuah pertubuhan yang dianggotai oleh anak-anak Kelantan yang tinggal di luar daripada negeri Kelantan. Diluluskan pendaftaran pada Disember 2006, kini PERAKAN bergiat aktif di negeri-negeri sekitar Lembah Kelang seperti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor. Perakan juga berjaya dikembangkan ke Perak, Johor, Sabah dan Sarawak.

Selain itu PERAKAN berperanan menjaga kepentingan dan kebajikan anak-anak Kelantan yang berada di luar Kelantan.

Tidak dinafikan peranan PERAKAN cukup penting dalam merealisasikan harapan dan cita-cita Kerajaan Kelantan selama ini. Dengan wujudnya PERAKAN tidak ubah sebagai jambatan untuk menyalurkan maklumat kepada anak-anak Kelantan di perantauan.

Perakan yang selama ini mengambil tanggungjawab tersebut berjaya membuktikan keberkesanannya lewat Pilihan Raya umum ke 12. Peranan dan sumbangan PERAKAN cukup penting kepada Kerajaan Kelantan.

Untuk menyuburkan keakraban dan kerjasama di antara keduanya, maka aktiviti PERAKAN diadakan di luar Kelantan setiap tahun, seperti majlis perjumpaan sesama ahli, dialog dan majlis berbuka puasa yang turut dihadiri oleh pemimpin Kerajaan Negeri.

Sementara Majlis perjumpaan sempena Hari Raya Aidil Fitri anjuran Kerajaan Kelantan dengan kerjasama PERAKAN pula diadakan di Kota Bharu, pada hari raya kedua, setiap tahun.

Menurut Perlembagaan atau undang-undang tubuh PERAKAN, tujuan dan matlamat Perakan adalah sebagaimana berikut;

a) Menegak dan mempertahankan Islam sebagai Agama Rasmi Negara.
b) Mewujudkan kerjasama antara kaum Anak Kelantan Perantauan.
c) Mendokong dan mempertahankan Perlembagaan Negara dan Undang-Undang Tubuh Negeri Kelantan.
d) Mempertahankan dan memperjuangkan kedudukan Anak kelantan Perantauan dan keadilan sosio-ekonomi dan kebudayaan rakyat Kelantan.
e) Menyertai dan bekerjasama dengan persatuan-persatuan, badan-badan atau pertubuhan-pertubuhan yang tidak berlawanan dengan tujuannya dengan persatuan selama mana ia mustahak dan sesuai serta tidak bercanggah dengan undang-undang Negara dan Negeri.

Berhubung dengan keahlian PERAKAN, keahlian terbuka kepada Anak Kelantan, rakyat Malaysia yang bersuami atau isteri dengan anak kelahiran Kelantan, daripada berbagai bangsa dan agama. Berumur tidak kurang 18 tahun.

Sementara, pelajar universiti atau kolej universiti tidak boleh diterima menjadi ahli pertubuhan ini, kecuali ia telah dibenarkan terlebih dahulu secara bertulis oleh Naib Canselor universiti berkenaan.

PERAKAN ialah sebuah NGO dan Non Profit Organisation. Pengurusan dan pentadbiran pertubuhan ini diuruskan secara sukarela disamping mendapat sedikit sumbangan dari Kerajaan Negeri. Ia menjadi penghubung atau jambatan antara Kerajaan Negeri dengan anak-anak Kelantan yang berada di perantauan. Bertujuan menjalin dan menjana serta berkongsi idea-idea dan aktiviti social terutama dalam cakno kebajikan anak Kelantan di perantauan.

Join Perakan : http://perakan.org.my/v2/?page_id=193

Sama-samalah kita bersilaturrahim.

Wallahuaklam

Sekian, Terima Kasih

PERSATUAN ANAK KELANTAN PERANTAUAN MALAYSIA(1781-06-WKL)
34-1, Jalan Wangsa Setia 3,Wangsa Melawati,
53300, Kuala Lumpur,Wilayah Persekutuan,Malaysia.

Tel : 0133043861 (Setiausaha – En. Azman) / 0123195435 (Ir Hamzah)
Email: superakanmalaysia@gmail.comi

SUMBANGAN KEPADA PERAKAN MALAYSIA
PERAKAN MALAYSIA memerlukan sumbangan anda bagi tujuan kebajikan, program dan urus tadbir.
Sebarang sumbangan boleh dibank-in ke:-
NAMA AKAUN : PERAKAN MALAYSIA
NOMBOR AKAUN: 12113010028158
BANK : BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD
Untuk pengetahuan pihak Tan Sri / Dato’ / Datin / Tuan / Puan PERAKAN MALAYSIA adalah pertubuhan NGO yang diluluskan oleh Kerajaan Malaysia.
PERSATUAN ANAK KELANTAN PERANTAUAN MALAYSIA(1781-06-WKL)
34-1, Jalan Wangsa Setia 3,Wangsa Melawati,
53300, Kuala Lumpur,Wilayah Persekutuan,Malaysia.
0133043861 (En Azaman-SU) / 0123195435 (Ir Hamzah)
Email: setiausaha.perakan(AT)gmail.com

 

Back to Top