Koperasi Rakyat Kelantan Berhad (KRKB)

January 30, 2013
By

Koperasi Rakyat Kelantan Berhad

Koperasi Rakyat Kelantan Berhad (KRKB) telah ditubuhkan pada 21hb. Januari 2011. KRKB mendapat kelulusan melabur dalam projek usahasama dan francais Ar-Rahn dari Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) pada 4hb. Mei 2011. KRKB beroperasi di alamat PT 448, Tingkat 2,Jalan Kuala Krai, Batu 3, Wakaf Che Yeh, 15150 Kota Bharu,Kelantan. Matlamat penubuhan utama KRKB ialah untuk menjana ekonomi rakyat melalui pengibatan mereka dalam perniagaan Ar-Rahn. Aktiviti utama KRKB ialah perniagaan Ar-Rahn melalui usahasama dan francais yang diusahakan oleh Permodalan Kelantan Berhad (PKB). PKB kini mempunyai 25 cawangan Ar-Rahn di seluruh negara.

KRR3BERITA TERKINI:
Surat bertarikh 21 Januari 2013 telah diterima daripada Suruhanjaya Koperasi Malaysia bagi kelulusan pembayaran dividen sebanyak 5 % kepada anggota KRKB bagi tahun kewangan 2012/2013. Tunggukan pengisytihan dividen yang akan dibuat secepat mungkin.

Koperasi Rakyat Kelantan Berhad telah menyuntik modal ke dalam Ar Rahn Rantau Panjang pada 1 November 2011.

Mesyuarat Agung Tahunan KRKB telah berlangsung dengan jayanya pada 24 November 2012. Ahli Lembaga Koperasi baru telah dilantik iaitu Dr Wan Mohamad Zamri Bin wan Nawawi dan Puan Zaililah Binti Hassan.Ucapan penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada ALK lama iaitu Tn Hj Hamdan Bin Mohamed dan Pn Hjh Azizah Binti Daud.

Koperasi beroperasi di Medan Ilmu pada setiap Jumaat minggu pertama dan ke tiga, jam 8.00 pagi hingga 11.30 pagi.

KRKB mengorak langkah dengan melantik agen bagi mencapai target KRKB. Senarai agen berdaftar yang telah dilantik seperti berikut:
1. En. Abdullah Suhaimi Bin M. Yassin
2. Dr Wan Mohamad Zamri Bin Wan Nawawi
3. Pn. Rohayati Binti Mustafa
4. Cik Nurul Hasnina Binti Mohamed Zain
5. En. Kamal Bin Mat Lik
6. En. Mohd Nazri Bin Jusoh
7. En. Ramai Nor Bin Latiff

Sesiapa yang berminat untuk menjadi agen KRKB, sila berjumpa dengan Pn. Mimi Suziana Binti Mohd Azmi atau telefon di talian 09-7414332.

PELABURAN.

KEAHLIAN RM50.00 PELABURAN MINIMA RM500.00

Semua bayaran pendaftaran dan saham boleh dibuat di pejabat KRKB atau melalui akaun bank. Sila pos, faks @ email borang permohonan menjadi anggota dan borang penama serta salinan slip bank ke nombor 09-7432280 @ email admin@krk.com.my sebagai bukti pembayaran.

WEBSITE: www.krk.com.my

 

 

BISNES DARI RUMAH. GUNA KMPUTER DAPAT INCOME.